Isnin, 14 September 2015
Selasa, 11 Ogos 2015
#AL-FATIHAH
AL-FATIHAH buat Allahyarham Norizwan Bin Mat Nor
Ketua Jurusan Seni Kraf Rotan, Institut Kraf Negara
Wakil Kumpulan Pengurusan & Profesional
Majlis Bersama Jabatan
Kraftangan Malaysia
yang kembali ke Rahmatullah pada 8 Ogos 2015 (Sabtu). Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh & dicucuri rahmat ke atasnya.
Selasa, 16 Jun 2015
Khamis, 21 Mei 2015
Rabu, 20 Mei 2015
Jumaat, 15 Mei 2015
#MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) SEJAUHMANA ADA KETAHUI?
TUJUAN UTAMA
Majlis
Bersama Jabatan (MBJ) diwujudkan adalah sebagai satu saluran dua hala, di mana
Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam
menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea - idea yang bernas demi
kepentingan dan kebaikan organisasi berkenaan.
LATAR BELAKANG
Jentera perundingan
di dalam perkhidmatan awam di peringkat Jabatan telah pun diperkenalkan
semenjak wujudnya Interim Joint Council pada tahun 1946 dan jentera perundingan
Majlis Whitley Jabatan pada tahun 1950. Penubuhan dan perjalanan Majlis Whitley
Jabatan pada masa itu tidak dikawal oleh sebarang agensi pusat. Ketua-ketua
Jabatan telah menubuhkan Majlis Whitley ini mengikut kehendak dan persetujuan di
antara Pihak Pengurusan dengan Pihak Kesatuan Sekerja di Jabatan-jabatan
berkenaan.
Apabila Sistem
Whitley digantung pada tahun 1969, Kerajaan telah mengkaji semula jentera
perundingan di peringkat kebangsaan dan jabatan. Dalam kajian itu, Majlis
Whitley Jabatan juga telah dipinda dan satu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5
Tahun 1973 telah dikeluarkan. Pekeliling ini antara lainnya telah menyelaraskan
bentuk penubuhan dan perjalanan MBJ di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA).
Pada tahun 1978,
Kerajaan sekali lagi telah mengkaji jentera perundingan di sektor awam dan
seterusnya meminda Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1973 dan mewujudkan
Pekeliling baru iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1979. Pekeliling
ini tidak membuat sebarang perubahan kecuali kepada kekerapan mesyuarat, di
mana Majlis perlulah mengadakan mesyuarat setiap 3 bulan sekali.
Pada tahun 1989,
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1979 yang khusus menyentuh MBJ
iaitu menjelaskan mengenai bentuk MBJ secara setempat telah dikeluarkan.
Pengecualian adalah diberikan mengikut merit setiap kes kepada mana-mana
Kementerian/ Jabatan/ Badan-badan Berkanun/ Kuasa-kuasa Tempatan yang memohon
untuk menubuhkan MBJ yang berbentuk lain daripada yang dihuraikan dengan
mendapat kelulusan JPA. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa
mulai 3.11.1989.
Pada tahun 1992,
Sistem Saraan Baru (SSB) telah membawa beberapa perubahan besar dalam struktur
perkhidmatan awam. Perubahan yang paling ketara ialah pembahagian peringkat
kumpulan perkhidmatan kepada 3 kumpulan sahaja iaitu Kumpulan Pengurusan
Tertinggi, 2 kepada 3 kumpulan sahaja iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi,
Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan. Selaras dengan
perubahan itu, Kerajaan telah mengkaji semula jentera perundingan dalam sektor
awam di mana struktur lima Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang wujud sebelum
SSB telah diubahsuai supaya dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan.
Arahan baru itu telah dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2
Tahun 1992. Walau bagaimanapun, Pekeliling ini tidak membuat banyak perubahan
terhadap skop, bidang dan tugas serta struktur MBJ.
(Petikan Panduan
Penubuhan dan Perjalanan Majlis Bersama Jabatan – MBJ)
Selasa, 12 Mei 2015
Khamis, 30 April 2015
Rabu, 22 April 2015
#USUL MBJ KINI DIBUKA
KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2015 (KHAMIS) - MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PIHAK PEKERJA KRAFTANGAN MALAYSIA
MENGALU-ALUKAN PANDANGAN DAN BUAH FIKIRAN SELURUH WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA
YANG INGIN MEMAJUKAN PANDANGAN DAN BUAH FIKIRAN TUAN/ PUAN UNTUK DIJADIKAN
SEBAGAI USUL BAGI MESYUARAT MBJ. USUL-USUL YANG DICADANGKAN TERSEBUT AKAN
DIBENTANGKAN DALAM PERSIDANGAN MBJ AKAN DATANG IAITU PADA 12 MEI, 18 OGOS ATAU
6 OKTOBER 2015.
BAGI TUJUAN TERSEBUT, TUAN/ PUAN BOLEH MENZAHIRKAN PANDANGAN DAN BUAH FIKIRAN
TUAN/ PUAN DENGAN MENGISI BORANG USUL DAN DIMAJUKAN KEMBALI KEPADA PIHAK
SETIAUSAHA BERSAMA MENERUSI EMEL SEBELUM 30 APRIL
2015.
KATEGORI USUL TERMASUKLAH BERKAITAN KEBAJIKAN, SKIM PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN, PENTADBIRAN, KEWANGAN, ELAUN DAN KEMUDAHAN MAHUPUN INDUSTRI KRAF.
TUAN/ PUAN JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA PERWAKILAN-PERWAKILAN MBJ SESI 2014/2016
YANG DILANTIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT. - MBJNEWS
Isnin, 5 Januari 2015
#SELAMAT TAHUN BARU 2015
Langgan:
Catatan (Atom)