Selasa, 11 Ogos 2015

#AL-FATIHAH

AL-FATIHAH buat Allahyarham Norizwan Bin Mat Nor
Ketua Jurusan Seni Kraf Rotan, Institut Kraf Negara
Wakil Kumpulan Pengurusan & Profesional
Majlis Bersama Jabatan
Kraftangan Malaysia


yang kembali ke Rahmatullah pada 8 Ogos 2015 (Sabtu). Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh & dicucuri rahmat ke atasnya.

Jumaat, 15 Mei 2015

#MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) SEJAUHMANA ADA KETAHUI?


TUJUAN UTAMA

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) diwujudkan adalah sebagai satu saluran dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea - idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi berkenaan.

LATAR BELAKANG

Jentera perundingan di dalam perkhidmatan awam di peringkat Jabatan telah pun diperkenalkan semenjak wujudnya Interim Joint Council pada tahun 1946 dan jentera perundingan Majlis Whitley Jabatan pada tahun 1950. Penubuhan dan perjalanan Majlis Whitley Jabatan pada masa itu tidak dikawal oleh sebarang agensi pusat. Ketua-ketua Jabatan telah menubuhkan Majlis Whitley ini mengikut kehendak dan persetujuan di antara Pihak Pengurusan dengan Pihak Kesatuan Sekerja di Jabatan-jabatan berkenaan.

Apabila Sistem Whitley digantung pada tahun 1969, Kerajaan telah mengkaji semula jentera perundingan di peringkat kebangsaan dan jabatan. Dalam kajian itu, Majlis Whitley Jabatan juga telah dipinda dan satu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1973 telah dikeluarkan. Pekeliling ini antara lainnya telah menyelaraskan bentuk penubuhan dan perjalanan MBJ di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pada tahun 1978, Kerajaan sekali lagi telah mengkaji jentera perundingan di sektor awam dan seterusnya meminda Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1973 dan mewujudkan Pekeliling baru iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1979. Pekeliling ini tidak membuat sebarang perubahan kecuali kepada kekerapan mesyuarat, di mana Majlis perlulah mengadakan mesyuarat setiap 3 bulan sekali.

Pada tahun 1989, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1979 yang khusus menyentuh MBJ iaitu menjelaskan mengenai bentuk MBJ secara setempat telah dikeluarkan. Pengecualian adalah diberikan mengikut merit setiap kes kepada mana-mana Kementerian/ Jabatan/ Badan-badan Berkanun/ Kuasa-kuasa Tempatan yang memohon untuk menubuhkan MBJ yang berbentuk lain daripada yang dihuraikan dengan mendapat kelulusan JPA. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai 3.11.1989.

Pada tahun 1992, Sistem Saraan Baru (SSB) telah membawa beberapa perubahan besar dalam struktur perkhidmatan awam. Perubahan yang paling ketara ialah pembahagian peringkat kumpulan perkhidmatan kepada 3 kumpulan sahaja iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 2 kepada 3 kumpulan sahaja iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan. Selaras dengan perubahan itu, Kerajaan telah mengkaji semula jentera perundingan dalam sektor awam di mana struktur lima Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang wujud sebelum SSB telah diubahsuai supaya dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan. Arahan baru itu telah dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992. Walau bagaimanapun, Pekeliling ini tidak membuat banyak perubahan terhadap skop, bidang dan tugas serta struktur MBJ.
(Petikan Panduan Penubuhan dan Perjalanan Majlis Bersama Jabatan – MBJ)


Selasa, 12 Mei 2015

WAJAH-WAJAH CERIA  AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PIHAK PEKERJA KRAFTANGAN MALAYSIA SESI 2014/2016 BERGAMBAR BERSAMA ENCIK JUHARI B. AZMI, NAIB PENGERUSI (TENGAH) BERSAMA SEBAHAGIAN DARIPADA WAKIL PIHAK PEKERJA SELEPAS MESYUARAT PIHAK PEKERJA BIL 2/2015.

Rabu, 22 April 2015

#USUL MBJ KINI DIBUKA

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2015 (KHAMIS) MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PIHAK PEKERJA KRAFTANGAN MALAYSIA MENGALU-ALUKAN PANDANGAN DAN BUAH FIKIRAN SELURUH WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA YANG INGIN MEMAJUKAN PANDANGAN DAN BUAH FIKIRAN TUAN/ PUAN UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI USUL BAGI MESYUARAT MBJ. USUL-USUL YANG DICADANGKAN TERSEBUT AKAN DIBENTANGKAN DALAM PERSIDANGAN MBJ AKAN DATANG IAITU PADA 12 MEI, 18 OGOS ATAU 6 OKTOBER 2015.

BAGI TUJUAN TERSEBUT, TUAN/ PUAN BOLEH MENZAHIRKAN PANDANGAN DAN BUAH FIKIRAN TUAN/ PUAN DENGAN MENGISI BORANG USUL DAN DIMAJUKAN KEMBALI KEPADA PIHAK SETIAUSAHA BERSAMA MENERUSI EMEL SEBELUM 30 APRIL 2015.

KATEGORI USUL TERMASUKLAH BERKAITAN KEBAJIKAN, SKIM PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN, PENTADBIRAN, KEWANGAN, ELAUN DAN KEMUDAHAN MAHUPUN INDUSTRI KRAF.

TUAN/ PUAN JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA PERWAKILAN-PERWAKILAN MBJ SESI 2014/2016 YANG DILANTIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT. - MBJNEWS


Isnin, 5 Januari 2015

#SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015, SEMOGA KEHADIRAN TAHUN BARU INI MENJADIKAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) LEBIH DINAMIK DAN BERDAYA MAJU, SEKALIGUS MELAMBANGKAN KOMITMEN DAN DEDIKASI YANG TINGGI MBJ DEMI KEMAJUAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KRAFTANGAN MALAYSIA.  - MBJNEWS.